Thursday, April 28, 2016

5 SEBAB KENAPA PERLU ADA PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL

5 sebab knp anda perlu ada perlindungan insurans/takaful
#1
Adakah anda mempunyai hutang-hutang berikut :
-hutang bank,
-hutang PTPTN @ MARA,
-hutang kereta,
-hutang rumah,
-hutang peribadi,
-hutang selain yg dinyatakan
atau anda mempunyai komitmen yg anda perlu tunaikan setiap bulan seperti :
-bil unifi
-bil astro
-bil api & air
-bil telefon
-upah jaga anak
-pampers & susu anak
-& lain2 komitmen lagi..
jika ya, pernahkah anda terfikir sekiranya anda telah di jemput untuk 'pergi' selamanya.. siapa yang harus bayar hutang2 & komitmen2 tersebut?? ibu bapa anda y telah bekorban sejak anda lahir n kini anda harus susahkan mereka lg atau pasangan anda y sebelum ni berkongsi hasil pendapatan tp kini perlu tanggung sendiri semua.. atau pun anak2 anda y baru nak belajar ttg kehidupan?? tergamak kah anda utk wariskan hutang2 & komitmen2 anda kpd mereka??
harus di ingat, mati itu pasti.. cuma kita tidak tahu bila..


Ayu Ashikin Ahamad
0136409830
Your Takaful Advisor

Monday, November 23, 2015

3 SEBAB MENGAPA PERLU ADA MEDICAL CARD

salam dan selamat pagi.. semoga kita semua sentiasa berada dlm RahmatNya..
ada 3 sebab utama knp kita perlu ada personal medical card tapi masih ramai yang tidak faham, tidak kisah dan tak ambil peduli.. ramai antara kita yang merasakan insuren/takaful ni membebankan kerana komitmen y berterusan.. tapi mereka tidak sedar, komitmen mereka ini lah yang dapat membantu mereka dan juga orang lain apabila ditimpa musibah kerana dalam hidup ni ada 4 benda yang kita tidak boleh elak iaitu kemalangan, sakit, tua dan mati.. fikir-fikirkan lah..




Ayu Ashikin Ahamad 
013-6409830
Your Trusted Agent

Sunday, November 8, 2015

Perbualan dengan penjual Char Kuey Tiaw

Weekend hari tu saya balik melaka. singgah beli Char Kuey Tiaw kat tepi jalan sebelah tempat abg sy meniaga Nasi Lemak Kukus. (Char kuey tiaw die sedap!! abg sy punya nasi lemak pun sedap.. jemput singgah di ayer keroh.. iklan jap) sambil tunggu order borak2 lah dgn abg ni ttg takaful..
Abg R : Ikin, tlg bt kan quotation utk abg..
Me : ok boleh je.. umur abg bpe??
Abg R : Tahun ni 33.
Me : jap ekh..ok bang, RM220 sebulan..
Abg R : mahal nya!! knp ejam(abg saya) boleh dapat murah je.. sedangkan pekerjaan kitorg sama je..
Me : mmglah ejam punya murah sbb dia dah ambil insuran sebelum dia kawen lg.. skg dia dah anak dua dah pun.. abg rasa umur dia beza x time dia ambil dulu dgn umur dia skg. Insuren nie, selain faktor pekerjaan, umur juga effect harga die.. sbb tu lah untung ambil awal2..
Abg R : oo. mcm tu ke??
Kepada pembaca2 semua, kalo dah ade niat nak ambil perlindungan takaful tu, ambil lah skg sementara masih muda.. jgn tunggu2 smpai umur dah meningkat bru nak ambil.. time tu jgn tanya knp harga mahal pula ye.. 

Ayu Ashikin Ahamad
013-6409830
Your Takaful Advisor

Sunday, October 18, 2015

ITS A NEW START..

 Bismillah ir-Rahman ir-Rahim

Salam perkenalan kepada para pembaca.. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya. Sebagai pengenalan, saya Ayu Ashikin Ahamad (Triple A). Berasal dr Muar, Johor tetapi telah menetap lama di Melaka. Kini tinggal di Puchong bersama suami dan In Shaa Allah, bersama anak kami yang pertama tahun depan.. Semoga dipermudahkan..

Sebagai permulaan, saya ingin berkongsi cerita mengenai perubahan yang berlaku dalam hidup sy. Saya dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan semuanya peniaga, iaitu abang saya dan juga ibu saya. meraka boleh dikatakan berjaya dalam perniagaan mereka iaitu bisness nasi lemak. (boleh try google Nasi Lemak Ejam main branch di Melaka). Atas faktor itu, membuatkan saya tidak minat untuk kerja makan gaji. saya pernah cuba utk bekerja di beberapa syarikat menggunakan ijazah saya, tetapi tidak sesuai dengan jiwa saya. Paling lama saya pernah bekerja di Syarikat Agensi Pekerjaan di Bangsar sbg Payroll executive dan hanya bertahan selama 7 bulan (satu tempoh yang agak lama bg sy). Selepas saya berhenti kerja, sy berniat utk buat bisnes nasi lemak mcm abg sy, tetapi ibu sy tidak membenarkan kerana sy satu-satunya anak perempuannya dan dia x mahu saya kerja teruk-teruk spt beliau dan abg. Ayat yang selalu dikata kan kpd sy ialah, "kalau boleh ibu nak anak ibu sorg y kerja pakai baju cantik-cantik & bersih-bersih". Maksud ayat beliau ialah dia ingin sy bekerja pejabat, berpakaian formal setiap hari. Maka, terpaksalah sy padamkan niat sy utk berniaga seperti ibu dan abg sy.. oleh kerana saya tidak berminat utk bekerja makan gaji, maka bermula misi mencari pekerjaan yg sesuai dgn jiwa sy dan juga memenuhi kehendak ibu saya.. Dan kini, inilah saya sekarang, dari seorang pekerja pejabat yang makan gaji, menjadi seorang ejen Takaful di bawah Prudential BSN Takaful Berhad. 

sebagai seorang ejen takaful, kepakaran saya adalah membantu orang ramai untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan Takaful dengan lengkap, jelas dan telus. ramai di luar sana yang tidak faham kenapa perlunya polisi takaful ini. Ada juga pemegang polisi yang telah mengambil polisi bertahun-tahun tetapi tidak faham & tidak tahu apa yang mereka ambil. menjadi tugas saya untuk membantu mereka lebih faham mengenai takaful dan polisi yang mereka ambil. Cukuplah sedikit mukadimah mengenai hidup dan kerja saya.

Niat saya membuat blog ni adalah untuk berkongsi cerita yang berlaku dalam hidup saya dan juga untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya tahu yang mungkin bermanfaat untuk para pembaca.. In Shaa Allah..